Polis serang OKU dikena tatatertib tak isytihar harta, bukan sebab serangan

Polis serang OKU dikena tatatertib tak isytihar harta, bukan sebab serangan

Razarudin Husain berkata kertas siasatan berkait kes serangan itu diserah kepada pendakwa raya pada 27 Julai dan masih menunggu langkah seterusnya.

Razarudin Husain berkata, anggota disyaki terlibat dalam menyerang pemandu OKU pekak dan bisu itu dikenakan tindakan tatatertib kerana gagal isytihar harta.
PETALING JAYA:
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata tindakan tatatertib anggota polis didakwa menyerang pemandu e-hailing orang kelainan upaya (OKU) dibuat atas kegagalan isytihar harta.

Beliau berkata, ia tiada kaitan dengan kes serangan pada Mei.

“Dalam kes serangan, kita masih teruskan siasatan dalaman untuk kes serangan yang sama (selain siasatan jenayah terhadapnya), ia akan jadi pendakwaan dua kali,” katanya kepada Harian Metro.

Berhubung siasatan jenayah, katanya, polis sudah menyerahkan kertas siasatan pada Jun lalu.

“Mereka serahkan semula kertas siasatan untuk polis tambah laporan kesihatan penuh dan kami hantar semula kertas siasatan lengkap kepada Pejabat Peguam Negara pada 27 Julai dan sedang menunggu langkah seterusnya,” katanya.

Pada Rabu, pemandu OKU dan peguamnya mendedahkan video insiden selain membangkitkan kelambatan proses keadilan bagi kes itu.

Dalam kejadian pada 28 Mei, pemandu pekak dan bisu itu mendakwa ditumbuk polis pengiring ketika menunggu untuk mengambil penumpang di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.