
Asrul Hadi Abdullah Sani berkata keputusan PRK Nenggiri adalah rahmat buat Zahid, menjelangnya Perhimpunan Agung Umno (PAU) minggu depan dengan penyokong yang lebih bersemangat.
Keputusan itu, yang menyaksikan Azmawi Fikri Abdul Ghani memperoleh majoriti 3,352 undi menentang Perikatan Nasional (PN) Rizwadi Ismail, juga akan memberi keyakinan kepada jentera Umno dalam PRK Mahkota 28 Sept nanti.
“Jika Umno mampu memenangi pilihan raya kecil berturut-turut, ia akan membantu memulihkan kepercayaan terhadap kepimpinan dan reputasi Zahid dalam parti,” kata Asrul.
“Zahid dan Umno juga boleh mendakwa pengundi Melayu kembali ke pangkuan parti.”
Keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk bekerjasama dengan Zahid dalam kerajaan perpaduan juga mungkin diterima selepas beliau dikritik kerana melantik presiden Umno dan pengerusi BN sebagai timbalan perdana menteri, kata Asrul.
Zahid berdepan gesaan keras untuk meletak jawatan pada Ogos tahun lepas selepas BN menunjukkan prestasi buruk pada PRN di enam negeri tahun lepas, dan pada PRU 2022.
BN kemudiannya menjadi sebahagian daripada gabungan kerajaan persekutuan yang diketuai oleh Pengerusi Pakatan Harapan Anwar, satu langkah yang terbukti tidak popular di kalangan ahli akar umbi Umno.
Seorang lagi penganalisis, Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia, berkata keputusan malam tadi akan meletakkan Zahid dalam kedudukan lebih baik dalam Umno dan memberi gambaran baik kepada kerajaan perpaduan dan pencapaian ekonominya baru-baru ini.
“Semua ini baik untuk BN. Ia akan mengukuhkan kedudukan mereka pada PRK Makhota dan tuntutan mereka untuk kerusi itu,” katanya.
Pakatan Harapan (PH) semalam mengesahkan bahawa ia tidak akan meletakkan calon untuk PRK Mahkota dan akan memberikan sokongan kepada calon BN.
PRK itu diadakan susulan kematian Adun Umno Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.