PRK Nenggiri: Calon BN antara pengundi terawal

PRK Nenggiri: Calon BN antara pengundi terawal

Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani bersama isteri Nur Khamila Mohd Zin tiba di pusat mengundi Tabika Sri Bakawali pada jam 8.20 pagi.

Calon Barisan Nasional, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan isteri Nur Khamila Mohd Zin selepas selesai mengundi di pusat mengundi Tabika Sri Bakawali di Bertam Lama. (Gambar Bernama)
GUA MUSANG:
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani antara pengundi terawal yang tiba di pusat mengundi Tabika Sri Bakawali bagi menunaikan tanggungjawab mereka di PRK Nenggiri.

Azmawi dan isteri Nur Khamila Mohd Zin yang juga pengundi di kawasan itu dilihat tiba di pusat mengundi pada jam 8.20 pagi tadi.

Tepat 8 pagi tadi, sebanyak 20 pusat mengundi dengan 46 saluran dibuka untuk proses pengundian dan ditutup secara berperingkat antara 2 dan 6 petang.

Sementara itu, calon PAS Rizwadi Ismail dan isteri Che Mariam Che Noh pula tiba di pusat mengundi sama pada jam 8.40 pagi.

Kedua-dua calon itu merupakan pengundi di daerah Bertam Lama.

Azmawi dan Rizwadi juga dilihat sempat bertegur sapa ketika bertembung di pusat mengundi itu sebelum meninggalkan lokasi.

PRK DUN Nenggiri yang berlangsung hari ini menyaksikan pertembungan dua penjuru antara BN dan PAS.

Seramai seramai 20,259 pemilih layak untuk mengundi dimana mengikut pecahan kaum ialah Pengundi Melayu (17,636 orang), Cina (36 orang), India (8 orang) dan (2,843 pengundi) bagi kategori kaum lain termasuk Orang Asli.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.