
Beliau berkata mereka harus menggunakan peluang dan saluran yang ada untuk membuat pilihan sebaiknya bagi kawasan DUN berkenaan.
“Keluar awal dan lakukan tanggungjawab untuk kepentingan masyarakat kita. Mengundi adalah tempat terbaik untuk ‘meluah perasaan’ sebenar, jika hanya meluah di kedai kopi, tidak ada perubahan,” katanya yang ditemui sebaik selesai mengundi di Tabika Sri Bakawali, Bertam Lama.
Terdahulu beliau dan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani bersua muka apabila turut mengundi di lokasi sama tadi.
Kedua-dua mereka sempat bersalaman dan berpelukan selepas dua minggu berkempen bertemu pengundi di DUN Nenggiri.
Azmawi yang ditemui juga berharap rakyat di DUN Nenggiri akan membuat keputusan terbaik untuk mencari wakil rakyat yang baharu.
“Ustaz Wadi (Rizwadi) sahabat saya, kami sekampung hubungan sahabat, tak ada masalah. Apa yang membezakan kami cumalah parti, ukhuwah tetap erat,” katanya.
PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Azmawi dan Rizwadi.
Seramai seramai 20,259 pemilih layak untuk mengundi dimana mengikut pecahan kaum ialah Melayu (17,636 orang), Cina (36 orang), India (8 orang) dan (2,843 pengundi) bagi kategori kaum lain termasuk Orang Asli.