PN perlu menang bagi isyarat ‘rakyat terbeban’ kepada PM, kata Muhyiddin

PN perlu menang bagi isyarat ‘rakyat terbeban’ kepada PM, kata Muhyiddin

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata rakyat kini terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin merasmikan pelepasan konvoi khidmat Malaysia sempena siri kempennya di PRK Nenggiri.
GUA MUSANG:
Perikatan Nasional (PN) perlu menang PRK Nenggiri Sabtu ini bagi memberi isyarat kepada pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa rakyat kini terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.

Pengerusi PN yang juga Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, berkata beban kos sara hidup menjadi isu utama rakyat berdasarkan satu kajian yang dilakukan.

“Keputusan PRK ini penting untuk bagi isyarat kepada Anwar, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan menteri lain bahawa orang Nenggiri tahu apa yang berlaku sekarang adalah sesuatu yang amat buruk,” katanya ketika berucap dalam kempen PRK Nenggiri.

Beliau berkata, susulan kenaikan kos sara hidup bawah pentadbiran sekarang rakyat mengharapkan PN segera mengambil alih Putrajaya.

“Saya pergi ke mana-mana ada rakyat yang jumpa saya tanya Tan Sri bila lagi nak ambil alih kerajaan semula. Itu dia tanya, maknanya rakyat tak tahan dengan pentadbiran kerajaan hari ini,” katanya.

PRK DUN Nenggiri akan berlangsung Sabtu ini menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon Barisan Nasional Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan PAS diwakili Rizwadi Ismail.

Seramai 20,259 pemilih layak mengundi pada PRK itu membabitkan Melayu (17,636 orang), Cina (36), India (8) dan (2,843) bagi kategori kaum lain termasuk Orang Asli.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.