
Berbaki tiga hari lagi, Muhyiddin Yassin mahu jentera dan penyokong PN jangan terlalu selesa dengan peluang calon mereka untuk memenangi PRK Nenggiri.
“Sambutan daripada pengundi di Nenggiri alhamdulillah sangat memberangsangkan malahan sesetengah kawasan yang kita tak boleh tembusi termasuk kawasan Orang Asal mengalukan kehadiran kita,” katanya kepada pemberita selepas bertemu warga Kampung Limau Kasturi.
Muhyddin juga merayu kepada pengundi Nenggiri yang berada di luar DUN untuk pulang menjalankan tanggungjawab mereka.
“Walaupun sokongan agak baik tapi kalau mereka tidak pulang maka peratusan merosot ia memberi satu masalah nanti.”
Muhyiddin yang juga presiden Bersatu berkata beliau akan terus berada di Nenggiri sehingga Jumaat bagi membantu kempen Rizwadi.
Rakyat DUN Nenggiri akan memilih wakil mereka pada 17 Ogos ini, dalam pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS.
Pada PRN Kelantan 2023, PAS menawan Nenggiri dengan majoriti 810 undi.