2 pesawat TUDM bawa rakyat Palestin cedera ke Malaysia

2 pesawat TUDM bawa rakyat Palestin cedera ke Malaysia

Sebelum ini Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat bawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan.

Pesawat Airbus A-400M
Pesawat Airbus A-400M TUDM akan membawa rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat di Malaysia. (Gambar Wikipedia)
KUALA LUMPUR:
Dua pesawat pengangkut Airbus A-400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diterbangkan ke Pangkalan Udara Al Maza, Mesir, untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan.

Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama dan berkata segala butiran berhubung misi tersebut akan dimaklumkan dalam minggu ini.

“Ya. Diminta untuk tunggu hingga Jumaat ini, butiran akan dimaklumkan,” katanya ringkas.

Pada 4 Ogos lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pidato dalam acara kemuncak pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.