
Timbalannya, Fuziah Salleh berkata jurang jumlah permohonan yang layak mendaftar bagi bantuan dilihat ‘amat membimbangkan’.
Katanya, berdasarkan data diterima KPDN setakat minggu lalu, hanya lebih 259,000 daripada 410,000 kenderaan yang layak telah memohon mendapatkan kad fleet bagi bantuan subsidi diesel itu.
“Apabila mereka yang layak tetapi tidak memohon untuk mendapatkan kad fleet bagi penyasaran subsidi tersebut, ada kemungkinan meninggalkan kesan kepada harga barang yang mereka tawarkan.
“…tidak perlu ada banyak lori atau kenderaan, kalau ada satu lori seberat satu tan pun layak untuk mohon (bantuan subsidi itu). Silalah memohon supaya ia boleh membantu untuk mengawal harga barang,” katanya menurut Bernama selepas merasmikan pembukaan cawangan baharu sebuah restoran tempatan di Kuala Lumpur.
Mengenai isu kelewatan pengeluaran kad fleet, Fuziah berkata KPDN dalam proses rundingan bersama syarikat minyak yang terlibat, bagi menggesa mereka meningkatkan kecekapan serta mempercepat proses berhubung perkara itu.
“Kita faham ada peningkatan permohonan (kad fleet) dalam masa singkat, namun kita sudah minta syarikat pembekal minyak untuk bersama membantu kita percepatkan proses seperti menambah kakitangan dan sebagainya,” katanya.
Beliau turut menyarankan pengguna yang memiliki lori atau kenderaan sendiri yang layak mendapatkan kad fleet untuk memohon ‘cash card’ (kad tunai), sebagai alternatif.
Fuziah berkata, kad tersebut boleh digunakan membeli diesel pada harga subsidi.