
Beliau berkata, rakyat ingin mendengar perbahasan mengenai Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menjual saham kepada syarikat pro-Zionis.
“Rafizi dan Fahmi jangan cuba alih tiang gol. Saya cabar kamu sediakan tempat neutral. Kita debat sampai lumat.
“Kebenaran akan terserlah kenapa saya digantung enam bulan kerana kamu bacul izinkan saya berdebat berbahas di dalam Dewan Rakyat,” kata ketua Pemuda Bersatu di TikTok.
“Sekarang aku cabar kamu dua lawan satu pun tak apa. Sediakan tempat neutral kita lawan sampai habis.”
Terdahulu, dilaporkan Rafizi mengajak Wan Fayhsal berdebat mengenai topik ‘bagaimana merancakkan ekonomi dengan mencetak wang’.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, isu itu perlu dibahaskan kerana ia ‘idea yang paling bernas mengenai ekonomi pernah datang daripada Perikatan Nasional (PN)’.
Tahun lalu, Rafizi pernah berdebat dengan Ahli Parlimen Bachok Mohd Syahir Sulaiman menerusi tajuk ‘Model Baharu Ekonomi Malaysia’.