2 wanita diserang dalam tandas surau

2 wanita diserang dalam tandas surau

Dua wanita cedera dipercayai diserang lelaki menggunakan pisau.

SHAHRULNIZAM JA'AFAR
Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Jaafar berkata, polis sedang giat mengesan suspek kejadian dua wanita diserang dalam tandas sebuah surau. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Dua wanita cedera dipercayai diserang seorang lelaki menggunakan pisau di dalam tandas sebuah surau, berhampiran sekolah agama rakyat di Kelana Jaya, di sini kira-kira 1.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Jaafar mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya sedang giat mengesan suspek terlibat.

“Satu kenyataan media akan dikeluarkan susulan kejadian ini,” katanya.

Difahamkan kedua-dua mangsa yang berumur 20-an dan 50-an telah dihantar ke Hospital Shah Alam.

Sementara itu, seorang ahli jawatankuasa surau berkenaan, yang enggan dikenali, berkata rakaman kamera litar tertutup di surau itu diserahkan kepada pihak berkuasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.