APMM tahan kapal kargo beroperasi tanpa kapten

APMM tahan kapal kargo beroperasi tanpa kapten

Pengarah Zon Maritim Labuan, Izwanhadi Idros berkata kapal berkenaan dikendalikan seorang ketua pegawai dan ketua jurutera.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Izwanhadi Idros berkata kapal kargo itu ditahan bot peronda maritim yang melakukan rondaan Op Sejahtera dan Op Tiris di 0.6 batu nautika barat daya Pulau Papan. (Gambar Bernama)
LABUAN:
Maritim Malaysia menahan sebuah kapal kargo di 0.6 batu nautika barat daya Pulau Papan kerana melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Izwanhadi Idros berkata penahanan dilakukan oleh bot peronda maritim yang melaksanakan rondaan Op Sejahtera dan Op Tiris selepas memeriksa kapal kargo berkenaan.

“Semasa pemeriksaan, kapal kargo tersebut didapati dikendalikan oleh seorang ketua pegawai berusia 24 tahun dan ketua jurutera berusia 59 tahun, kedua-duanya warga Malaysia.

“Kapal berkenaan disyaki melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana beroperasi tanpa kapten dan rakit keselamatan serta alat pemadam api tamat tempoh,” katanya.

Beliau berkata ketua pegawai dan ketua jurutera ditahan manakala dokumen kapal dirampas dan dibawa ke jeti Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Izwanhadi berkata orang ramai diminta agar melaporkan sebarang aktiviti jenayah maritim dengan menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di 087-427999 atau talian kecemasan NG999, yang beroperasi 24 jam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.