PM bimbang kemalangan tinggi berkait penguatkuasaan lemah, isu jalan raya

PM bimbang kemalangan tinggi berkait penguatkuasaan lemah, isu jalan raya

Anwar Ibrahim bimbang akan kadar kemalangan tinggi dalam kalangan pengguna motosikal.

kesesakan
Isu keselamatan jalan raya dibincangkan dalam pertemuan antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan aktivis sosial, Lee Lam Thye, hari ini.
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan terhadap kadar kemalangan tinggi dalam kalangan pengguna motosikal yang berkait dengan kelemahan penguatkuasaan undang-undang selain isu penyelenggaraan jalan raya.

Menerusi catatan di Facebook, beliau berkata kebimbangan sama turut dizahirkan Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Lee Lam Thye, yang mengadakan kunjungan hormat ke atas perdana menteri hari ini.

“Antara inti pati pertemuan kami adalah mengenai isu keselamatan jalan raya dan keselamatan di tempat kerja.

“Saya berharap NGO seperti ini dan lain-lain lagi akan terus memberi khidmat kepada komuniti dalam membina budaya keselamatan yang mampan selain turut memainkan tanggungjawab dalam menyampaikan misi dan hasrat kerajaan khususnya kesedaran tentang Malaysia Madani,” katanya.

Anwar berkata pertubuhan bukan kerajaan yang diterajui Lee, seorang aktivis sosial berpengaruh, berperanan mempromosi kempen kesedaran, keselamatan, dan mendidik masyarakat dalam membentuk budaya selamat, sihat serta mewujudkan suasana kerja kondusif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.