
Walaupun begitu, pasangan itu telah mencipta sejarah dengan menjadi beregu wanita Malaysia pertama mara ke separuh akhir Olimpik.
Pasangan Malaysia itu hanya sekali menewaskan pesaing Jepun mereka pada Terbuka Perancis 2022.
Nami-Chiharu mendahului 7-3 pada set pertama sebelum mendapat kelebihan dengan 11-4. Pearly Tan-P.Thinaah meraih tiga mata seterusnya, tetapi pasangan Jepun itu mengukuhkan kedudukan dengan 16-8 dan seterusnya menutup set.
Set kedua menyaksikan Jepun mencatat mata 3-0 sebelum mendahului 8-3 dan 11-6. Pasangan itu kemudiannya mara dengan 15-9 sebelum meraih empat mata dengan 19-9. Walaupun Pearly-Thinaah memenangi dua mata seterusnya, mereka gagal bangkit semula.
Dalam pusingan separuh akhir semalam, Pearly-Thinaah yang juga beregu No. 13 dunia memberi tentangan sengit sebelum tewas kepada pasangan No. 1 dunia dari China Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dengan keputusan 12-21, 21-18, 15-21
Ini adalah kekalahan kedua mereka kepada lawan yang sama di Olimpik Paris selepas tewas 20-22, 16-21 di perlawanan pembukaan kumpulan pada minggu lalu.