
Ketua Operasi Bomba Sarawak Hendery Ardimanshah, berkata pihaknya mendapat maklumat kejadian pada 12.57 tengah malam tadi.
“Sepasukan tiga anggota ambulans EMRS telah dikejarkan ke lokasi di Jeti Pelabuhan Bintulu, bersama-sama lima ambulans Hospital Bintulu,” katanya kepada Astro Awani.
Dalam pada itu, Ketua Polis Bintulu Nixon Joshua Ali, berkata kejadian dipercayai berlaku pada 10.40 malam tadi.
Menurut Berita Harian, letupan berlaku di bilik enjin kapal berkenaan.
Mangsa maut setakat ini dikenal pasti pembantu jurutera dari Perak berusia 36 tahun, dan seorang kelasi dari Sarawak berusia 24 tahun, manakala mangsa cedera parah akibat melecur berasal dari Sabah, berusia 22 tahun.