
Pengerusi Qhazanah Technology Sdn. Bhd. (QTSB) Awang Ahmad Sah Awang Sahari, OSA merupakan syarikat dilantik oleh kerajaan negeri untuk menyelaras permohonan berkaitan prasarana telekomunikasi.
“Syarikat pemilik infrastruktur telekomunikasi juga digalakkan menyertai program pemutihan bagi infrastruktur sedia ada yang masih belum berdaftar bagi mengelakkan infrastruktur telekomunikasi mereka dianggap haram,” katanya dalam kenyataan.
Menurut kenyataan itu, Awang Ahmad Sah menyerahkan replika cek berjumlah RM660,500 kepada Majlis Perbandaran Penampang sebagai yuran permit tahunan struktur telekomunikasi bagi tempoh 2019 hingga 2022 hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) QTSB Mikail S Abdullah turut meminta pemilik prasarana komunikasi supaya menggunakan platform dalam talian yang telah dikuatkuasakan 15 Julai lepas.
Hal itu bagi memudahkan pengurusan dalam bentuk digital ke atas prasarana komunikasi di Sabah supaya dapat diurus tadbir dengan lebih baik dan teratur.
Dalam pada itu, Majlis Perbandaran Penampang berterima kasih kepada QTSB atas usaha mereka dan berharap kerjasama itu akan memberikan manfaat kepada semua pihak terlibat dalam pemantauan dan pengurusan prasarana telekomunikasi di negeri itu.