Zii Jia mara suku akhir Olimpik

Zii Jia mara suku akhir Olimpik

Lee Zii Jia mengatasi pemain tuan rumah dengan kemenangan 21-13, 24-22 dalam masa 40 minit.

Lee Zii Jia
Lee Zii Jia layak ke peringkat suku akhir badminton perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik Paris. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Semangat jaguh badminton negara Lee Zii Jia memenangi pingat Olimpik kekal membara setelah beliau berjaya menewaskan pemain Perancis, Toma Junior Popov, mengecewakan penonton tuan rumah di Arena Porte de la Chapelle, Paris.

Mengatasi lawannya 21-13, 24-22 dalam tempoh 40 minit, Zii Jia melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

Pemain perseorangan lelaki negara itu menamatkan set pertama dalam tempoh 14 minit, namun pada set kedua Popov bangkit memberikan saingan sengit menentang Zii Jia, pemain No 3 dunia.

Popov, yang berada pada kedudukan ke-22 dunia, memasuki gelanggang dengan yakin selepas berjaya menewaskan pemain No 9 dunia, Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia 21-19, 17-21, 21-15, dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan semalam.

Zii Jia kini telah menewaskan Popov dalam semua lima pertemuan mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.