
Pasukan negara layak ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan pasangan India itu 13-21, 21-14, 21-16 di Arena Porte de la Chapelle.
Pada set pertama, Rankireddy-Shetty mendahului 11-6 sebelum menamatkan permainan 21-15 dalam masa 16 minit. Aaron-Wooi Yik bangkit dengan yakin dalam set kedua, memberikan pukulan demi pukulan mengelirukan pasangan dari India itu dan menang mudah 21-14 dalam tempoh 19 minit.
Aaron-Wooi Yik mengambil masa 23 minit untuk menewaskan Rankireddy-Shetty 21-16 dalam set penentu, menamatkan perlawanan dalam tempoh 58 minit.
Terdahulu, dalam perlawawan pertama Kumpulan A, Aaron-Wooi Yik tewas kepada pasangan China Liang Wei Keng-Wang Chang 22-24, 14-21.
Bagaimanapun, mereka menewaskan pasangan Britain, Ben Lane-Sean Vendy 19-21, 21-16, 21-11 pada Sabtu, dan pasangan Kanada Adam Dong-Nyl Yakura 21-10, 21-15 pada hari berikutnya, meletakkan mereka dalam kedudukan naib juara kumpulan.