
Ia sebagai kesinambungan program MyBrain15 yang dihentikan pada 2016.
KPT berkata program itu dilaksana bagi memberi akses pendidikan lebih luas kepada semua rakyat Malaysia berkelayakan melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran.
Menurutnya, fasa pertama program MyBrain 2.0 menyasarkan penerima dalam kalangan orang awam tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap; serta pensyarah institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) bagi melanjutkan pengajian mereka di 20 Universiti Awam (UA).
“Selaras aspirasi Kerajaan dalam memperkasakan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), pelaksanaan MyBrain 2.0 akan memberi keutamaan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut selain bidang Sains Sosial dan Sastera Ikhtisas,” katanya.
Menurutnya, tajaan merangkumi pembiayaan yuran pengajian dan elaun sara hidup disediakan bagi meringankan beban kewangan pelajar di samping melahirkan graduan mempunyai nilai kebolehpasaran tinggi.
“Permohonan untuk penajaan ini dibuka pada 1 Ogos Khamis mulai 3.00 petang sehingga 21 (Rabu) 11.59 malam secara dalam talian,” katanya.
Permohonan boleh dibuat menerusi https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain2
Pada Oktober tahun lalu, Mohamed Khaled Nordin yang ketika itu menteri pendidikan tinggi berkata seramai 500 penerima biasiswa akan menyertai MyBrain 2.0 setiap tahun dengan peruntukan tahunan RM20 juta.