Zii Jia layak ke pusingan 16 terbaik Olimpik

Zii Jia layak ke pusingan 16 terbaik Olimpik

Pemain perseorangan negara itu seterusnya akan menentang Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia atau Toma Junior Popov dari Perancis untuk layak ke suku akhir.

zii jia
Lee Zii Jia memulakan persaingan Olimpiknya kali ini di Paris dengan kemenangan 21-14, 21-12 menentang Viren Nentasinghe dari Sri Lanka pada Ahad. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jaguh badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia layak ke pusingan 16 terbaik Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menang 21-10, 21-13 menentang pemain Sepanyol Pablo Abian.

Set pertama menyaksikan perlawanan seimbang, namun Zii Jia menggunakan pengalamannya menewaskan Albian.

Albian, 39 yang cuba bangkit pada set kedua bermula dengan baik namun tidak mampu menahan asakan daripada Zii Jia, 26, yang berada pada kedudukan ke-7 dunia.

Zii Jia seterusnya akan menentang sama ada Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia atau Toma Junior Popov dari Perancis untuk menempah tempat pada peringkat suku akhir.

Juara All England 2021 itu memulakan persaingan Olimpiknya kali ini di ibu negara Perancis dengan kemenangan 21-14, 21-12 menentang Viren Nentasinghe dari Sri Lanka pada Ahad. Abian menewaskan Viren 21-9, 21-19 semalam.

Zii Jia membuat penampilan sulung pada Sukan Olimpik Tokyo 202, di mana beliau tewas kepada pemain China, Chen Long pada pusingan 16 terbaik.

Awal hari ini, pemain perseorangan wanita negara Goh Jin Wei tersingkir selepas kalah menentang Kim Ga Eun dari Korea Selatan dalam perlawanan terakhir Kumpulan H.

Pemain berusia 24 tahun itu, yang menduduki kedudukan ke-32 dunia, tewas 17-21, 22-20, 21-23 dalam tempoh 65 minit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.