
Pertemuan perdana menteri dengan pemimpin Hamas itu termasuk dengan ketua politiknya Ismail Haniyeh yang terkorban dalam serangan udara Israel di kediamannya di Tehran, Iran.
“Tindakan ini ternyata memperlihatkan diskriminasi terhadap situasi di Palestin dan pemimpin negara itu.
“Sehubungan itu, pihak kami menuntut penjelasan berhubung perkara ini, dan mendesak Meta memohon maaf,” katanya di Facebook.
Sebelum ini, hantaran sama itu turut diturunkan oleh Meta pada Mei lalu sebelum dibenarkan dimuat naik selepas tindakan terbabit dikecam ramai.
Mengikut laporan media, Anwar berkata pertemuan dengan Ismail di Doha pada 13 Mei lalu adalah bagi memujuk mereka untuk tampil penyelesaian secara aman terhadap konflik di Gaza.
Beliau turut menegaskan Malaysia kekal komited memainkan peranan di peringkat antarabangsa bagi menghentikan serangan ke atas Rafah, Gaza.
Selain itu, Malaysia menggerakkan usaha lebih tangkas bagi membantu mangsa peperangan di Gaza khususnya dalam aspek bantuan kemanusiaan, perubatan dan pendidikan.