Jakim diarah laksana solat ghaib untuk Ismail Haniyeh

Jakim diarah laksana solat ghaib untuk Ismail Haniyeh

Israel menyerang kediaman Ismail Haniyeh di Tehran menyebabkan ketua Biro Politik Hamas itu dan seorang pengawal peribadinya syahid.

na'im
Menteri Agama, Mohd Na’im Mokhtar sudah mengeluarkan arahan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Agama Islam Wilayah. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Semua masjid bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menunaikan solat jenazah ghaib susulan kematian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dalam serangan udara Israel.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar yang kini berada di Kaherah, Mesir berkata, arahan sudah dikeluarkan kepada Ketua Pengarah Jakim, Hakimah Mohd Yusoff dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi), Mohd Ajib Ismail.

“Kita dapatkan maklumat dulu. Jika dah dimandikan, saya minta semua masjid Jakim dan Jawi mengadakan solat ghaib,” katanya menurut Sinar Harian.

Terdahulu, media melaporkan Israel menyerang kediaman Ismail di Tehran, Iran menyebabkan ketua Biro Politik Hamas itu dan seorang pengawal peribadinya syahid.

Ismail berada di negara itu untuk menghadiri upacara angkat sumpah presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian pada Selasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.