
Ketua Polis Perak Azizi Mat Aris berkata, tangkapan dibuat setelah mangsa membuat laporan mendakwa dipukul oleh pelajar Tingkatan Empat dan Lima di sebuah sekolah menengah di Ipoh pada 24 Julai lepas.
“Mangsa cedera pada beberapa bahagian badan dan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh,” katanya, lapor Bernama.
Beliau berkata, siasatan lanjut bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta mengesan suspek lain yang terlibat.
Azizi berkata,pihaknya memandang serius kejadian itu dan menyeru orang ramai agar tidak mengambil sebarang tindakan menyalahi undang-undang serta tidak menimbulkan sebarang spekulasi.