
Pemain perseorangan lelaki No 7 dunia itu mengalahkan Viren Nettasinghe dengan mudah, 21-14, 21-12.
Zii Jia seterusnya akan menentang pemain No 62 dunia, Pablo Abian dari Sepanyol, dalam perlawanan kedua Kumpulan G pada Rabu.
Terdahulu, pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengesahkan tempat ke suku akhir selepas meraih kemenangan kedua dalam aksi peringkat kumpulan.
Pasangan nombor empat dunia itu dilaporkan menundukkan gandingan Kanada, Nyl Yakura-Adam Dong 21-10, 21-15 dalam aksi Kumpulan A di Porte de La Chapelle Arena.
Aaron-Wooi Yik akan bertemu pasangan No 1 dunia Liang Wei Keng-Wang Chang dari China dalam perlawanan terakhir Kumpulan A pada Isnin.
Sementara itu, pasangan beregu campuran Malaysia Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga layak ke suku akhir selepas menewaskan rakan senegara Vincent Chiu-Jenny Gai 21-15, 24-22 untuk kemenangan kedua dalam Kumpulan D.