
Isham mendakwa Megat Zulkarnain Omardin, setiausaha politik Zahid yang juga ketua Umno Selangor membuat dakwaan itu dalam siaran langsung di TikTok baru-baru ini.
Dua anak syarikat kerajaan itu terletak di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah diketuai Zahid yang juga presiden Umno.
Beliau yang dipecat Umno, Disember lalu mendakwa Megat Zulkarnain secara langsung dan tidak langsung telah membuat tohmahan kononnya beliau meminta jawatan pengerusi Risda dan Felcra daripada Zahid selepas Umno menjadi kerajaan pada Disember 2022.
“Kononnya akibat tidak dapat jawatan ini saya telah menyerang kerajaan,” katanya di Facebook sambil menafikan ada melobi dan menegaskan tidak akan menggadaikan maruahnya.
Bekas ketua penerangan Umno itu berkata peguamnya telah meneliti setiap kenyataan berbaur fitnah dibuat Megat Zulkarnain yang boleh diambil tindakan undang-undang sewajarnya.
“Sebagai seorang setiausaha politik timbalan perdana menteri dan anggota pentadbiran yang dibayar gaji oleh rakyat, kamu tidak boleh menipu dan memfitnah orang
“Jika kamu memfitnah orang, bersedialah untuk disaman,” katanya.
Isham turut mendakwa kenyataan fitnah lain dikeluarkan Megat Zulkarnain termasuk dirinya meminta bantuan kewangan dan merayu dipilih sebagai calon PRU15 di Shah Alam.
Beliau juga didakwa bersetuju kerjasama Umno-DAP ketika menjadi ahli majlis kerja tertinggi.