
Beliau meminta ahli Umno melibatkan diri dengan komuniti secara aktif, memahami keperluan dan kebimbangan mereka serta mencari penyelesaian praktikal.
“Komitmen kita ialah menolong rakyat sebaik mungkin,” katanya menurut Jesselton Times ketika berucap dalam Mesyuarat Umno Kota Marudu di Sabah hari ini.
“Untuk mencapai matlamat ini, kita mesti memperkukuhkan jentera parti kita di semua peringkat. Ini bermakna mempertingkatkan strategi kita, memastikan komunikasi berkesan dan menggerakkan anggota kita untuk bekerja secara padu.”
Adun Usukan itu berkata, pemimpin dan ahli Umno perlu menjadikan diri kelihatan serta mudah didekati, selain menunjukkan semangat perpaduan dan kerja berpasukan.
“Setiap ahli Umno memainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan kita. Sama ada seorang pemimpin yang berpengalaman atau ahli baharu, sumbangan ahli amat berharga dan sangat diperlukan.
“Marilah kita bekerjasama, mengetepikan sebarang perbezaan dan menumpukan pada matlamat bersama kita – untuk berkhidmat kepada rakyat dan memastikan masa depan lebih cerah,” katanya sambil menambah menjadi kewajipan setiap ahli menunjukkan teladan.
Akhir tahun lalu, Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor dilaporkan berkata, PRN mungkin diadakan seawal 2024, walaupun mandat semasa kerajaan negeri hanya akan berakhir 2025.