
Tempoh reman dua suspek lelaki dan wanita berusia 28 hingga 55 tahun selama empat hari tamat hari ini.
“Reman tidak disambung. Terima kasih,” kata Ketua Polis Iskandar Puteri, M Kumarasan menurut Harian Metro.
Semalam, Ketua Polis Johor, M Kumar dilaporkan berkata, empat suspek itu akan diberikan jaminan polis jika tiada keperluan disambung reman.
Pada 20 Julai lalu, Leo disedari hilang kira-kira 8.30 malam di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri dekat Johor Bahru.
Polis kemudian menahan dua suspek lelaki dan seorang wanita di sekitar Gelang Patah Isnin lalu bagi membantu siasatan.
Laporan orang hilang kemudian diklasifikasikan kes penculikan, sebelum seorang lagi suspek wanita ditahan kira-kira 12.15 tengah malam Selasa lalu.
Empat suspek itu direman empat hari bermula Selasa lalu, manakala suspek kelima yang ditahan di sebuah hotel murah di Batang Kali pada 4.45 pagi Selasa lalu bersama mangsa kini masih dalam tahanan reman sehingga Isnin ini.