Suspek kes bunuh Farah Kartini didakwa esok

Suspek kes bunuh Farah Kartini didakwa esok

Suspek berusia 26 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kata ketua polis Selangor.

Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit 5 hari kemudian. (Gambar Instagram)
PETALING JAYA:
Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu esok.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan memberitahu Bernama, suspek berusia 26 tahun itu akan dituduh esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor kira-kira pukul 6 petang lima hari kemudian.

Suspek yang juga seorang anggota polis di Perak kini bawah tahanan reman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.