Seleweng LPG, KPDN rampas 515 tong gas di Port Dickson

Seleweng LPG, KPDN rampas 515 tong gas di Port Dickson

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM109,084, kata KPDN Negeri Sembilan.

KPDN Negeri Sembilan turut menyita dua buah lori, 30 hos, alat timbang elektronik, dua tong ais dan 10 plastik ais di sebuah premis di Port Dickson semalam. (Gambar KPDN)
SEREMBAN:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan merampas 515 tong gas petrolium cecair (LPG), iaitu barang kawalan bersubsidi, dianggarkan bernilai RM59,194.80 di sebuah premis di Port Dickson semalam.

Pengarah KPDN negeri Muhammad Zahir Mazlan berkata, pihaknya menerusi Op Tiris turut menyita dua buah lori, 30 hos, alat timbang elektronik, dua tong ais dan 10 plastik ais.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM109,084, tambahnya.

“Hasil risikan mengesan aktiviti penyelewengan atau proses penyiringan LPG. Semasa serbuan dijalankan, tiada pihak yang bertanggungjawab ditemui di premis tersebut.

“Kesemua barangan disita kerana berurusan dengan barang kawalan tanpa lesen atau permit yang sah,” katanya dalam kenyataan.

Muhammad Zahir berkata, kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.