7 penguat kuasa PBT disyaki lindung premis haram direman

7 penguat kuasa PBT disyaki lindung premis haram direman

Lima daripada mereka direman lima hari manakala dua lagi direman seminggu bagi membantu siasatan.

sprm
Tujuh penguat kuasa pihak berkuasa tempatan direman kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan yang beroperasi secara haram. (Gambar SPRM)
KUALA LUMPUR:
Tujuh penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) direman antara lima dan tujuh hari kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan yang beroperasi secara haram.

Majistret Amira Abd Aziz memerintahkan lima daripada penguat kuasa berkenaan direman bagi tempoh lima hari, manakala dua lagi suspek direman tujuh hari, bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, kesemua suspek tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 9.55 pagi dengan dibawa menaiki van SPRM.

Media sebelum ini melaporkan beberapa penguat kuasa PBT berusia lingkungan 20 sehingga 40-an ditahan semalam kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan di sekitar ibu negara yang beroperasi secara haram dan menggajikan warga asing.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.