Wanita disyaki dera anak tiri ditahan

Wanita disyaki dera anak tiri ditahan

Suspek dikatakan menghentakkan kepala mangsa berusia sembilan tahun itu ke dinding selepas dibawa ke tandas selain mengurungnya.

Ketua Polis Kota Bharu Mohd Rosdi Daud berkata nahas dipercayai berpunca sikap menunggang motosikal dalam kelajuan tinggi sehingga menyebabkan penunggang tidak dapat bertindak awal, selain kesukaran melihat dalam keadaan gelap. (Gambar Bernama)
Suspek telah direman hingga Selasa ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, kata Ketua Polis Kota Bharu Mohd Rosdi Daud. (Gambar Bernama)
KOTA BHARU:
Polis menahan seorang wanita kelmarin kerana disyaki mendera anak lelaki tirinya berusia sembilan tahun di sebuah rumah di Taman Yik Perdana, Kok Lanas, di sini.

Ketua Polis Kota Bharu, Mohd Rosdi Daud, berkata polis menerima laporan kejadian daripada bapa kanak-kanak terbabit yang berusia 30-an pada Khamis lepas.

Beliau berkata anak sulung berkenaan dipercayai didera sejak 10 Julai lepas semasa bapa mangsa berada di Kuala Lumpur kerana urusan kerja.

“Bapa mangsa hanya mengetahui anaknya didera ketika pulang ke rumah pada 12 Julai apabila melihat terdapat kesan lebam di bahagian kepala, lengan dan mata kanak-kanak itu.

“Hasil siasatan mempercayai mangsa yang merupakan murid sebuah sekolah rendah di Kok Lanas telah dibawa ke bilik air dan suspek turut menghentakkan kepala mangsa ke dinding serta menyepak kedua-dua belah tangan mangsa,” katanya dalam kenyataan semalam.

Rosdi berkata selain itu, mangsa juga telah dikurung di dalam tandas hingga keesokan hari tanpa diberi makan dan minum.

Wanita berkenaan, katanya direman hingga Selasa ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.