Transformasi, hala tuju baharu agenda Bumiputera direncana, kata PM

Transformasi, hala tuju baharu agenda Bumiputera direncana, kata PM

Anwar Ibrahim berkata, kerajaan membincangkan kerangka dan inisiatif dalam memberi anjakan penyertaan, pemilikan serta penguasaan Bumiputera selari aspirasi Ekonomi Madani.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, tumpuan terarah kepada perencanaan transformasi dan hala tuju baharu agenda Bumiputera untuk sedekad ke hadapan. (Bernama pic)
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah membincangkan dengan teliti kerangka dan inisiatif dalam memberi anjakan penyertaan, pemilikan serta penguasaan Bumiputera selari aspirasi Ekonomi Madani.

Menurutnya, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerusikannya hari ini.

“Sewaktu mempengerusikan mesyuarat itu hari ini, tumpuan terarah kepada perencanaan transformasi dan hala tuju baharu agenda Bumiputera untuk sedekad ke hadapan,” katanya menerusi catatan X.

Beliau berkata, sokongan agensi kerajaan termasuk syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) masih diperlukan melalui penyelarasan, pengukuhan pendekatan serta sokongan penggunaan teknologi baharu yang didasari mandat penubuhan mereka.

Selain itu, beliau turut menegaskan keperluan supaya inisiatif dirangka turut dipanjangkan manfaatnya kepada kumpulan masyarakat lain yang memerlukan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.