Bekas Adun Nangka angkat sumpah speaker Dewan Negara

Bekas Adun Nangka angkat sumpah speaker Dewan Negara

Awang Bemee Awang Ali Basah menggantikan Mutang Tagal, yang meninggal dunia, Mei lalu.

Awang Bemee Awang Ali Basah
Bekas Adun Nangka Awang Bemee Awang Ali Basah mengangkat sumpah jawatan sebagai speakar Dewan Negara di Kuala Lumpur hari ini.
PETALING JAYA:
Bekas Adun Nangka Awang Bemee Awang Ali Basah mengangkat sumpah sebagai speaker Dewan Negara hari ini, seminggu selepas mengangkat sumpah sebagai senator.

Beliau mengangkat sumpah pada 10.15 pagi di hadapan Timbalan Speaker Dewan Negara Nur Jazlan Mohamed, pada sidang penuhnya yang dihadiri Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Awang Bemee menggantikan Mutang Tagal, yang meninggal dunia pada Mei selepas hanya kurang tiga bulan selepas menjalankan tugas itu.

Dilahirkan di Sibu, Awang Bemee, yang berkhidmat sebagai Adun Nangka dari 2004 hingga 2009, adalah seorang peguamcara.

Beliau merupakan pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching sejak 1997 dan kini merupakan pengarah bebas bukan eksekutif Sarawak Plantation Bhd.

Sementara itu, Salehuddin Saidin turut mengangkat sumpah sebagai senator.

Pada Mac, Salehuddin, seorang peguam, berjaya memperoleh pembebasan bekas pengerusi Felda Isa Samad berhubung rayuannya terhadap sabitan sembilan pertuduhan rasuah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.