
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Pasir Puteh, Muhamad Deri Wahab berkata mangsa berusia 30 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan pada 7.30 pagi akibat tersepit dalam kenderaan.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku selepas Perodua Viva dinaiki tiga mangsa termasuk kanak-kanak itu bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Toyota.
“Dua lagi mangsa yang cedera adalah seorang wanita dan kanak-kanak perempuan,” katanya menurut Berita Harian.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.56 sebelum pasukan itu dikejarkan ke lokasi.
Katanya, operasi membabitkan sembilan anggota BBP Pasir Puteh, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan Triton.