
Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Penyiaran Malaysia memaklumkan bahawa, apa yang dipaparkan di laman Facebook Rasmi RTM ialah terjemahan automatik oleh sistem Facebook.
“Jika pengguna mengaktifkan terjemahan automatik, maka terjemahan bahasa Inggeris akan muncul,” katanya dalam kenyataan.
“Terjemahan bahasa Inggeris oleh sistem Facebook tersebut salah. RTM tidak memuat naik sebarang kandungan ucapan takziah sempena Istiadat Pertabalan Agong.”
Menurut kenyataan itu juga, RTM telah membuat laporan polis dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menghubungi Meta berhubung salah terjemahan oleh sistemnya itu.
“Meta juga mengesahkan mereka telah membetulkan ‘masalah’ tersebut,” tambahnya.
Sementara itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil turut melahirkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak yang menuduh RTM membuat hantaran jelik dalam bahasa Inggeris.
“Ada orang tuduh RTM buat FB post jelik dalam Bahasa Inggeris. Padahal ‘posting’ asal dalam BM. Kemudian disebar fitnah.
“Jangat buat begini. Berlaku adillah kepada RTM. Jangan fitnah,” katanya dalam catatan di Facebook.