
Julaihi yang juga menteri utiliti dan komunikasi Sarawak berkata, pihaknya menyediakan khemah pasang siap bagi kegunaan sekolah di kawasan lapang.
“Ruang di khemah ini amat bermakna dan berguna sekali sementara menunggu pembinaan gantian penuh sekolah ini dapat dimula dan dilaksanakan dalam masa terdekat.
“SMK Sebuyau antara sekolah uzur di Sarawak dan menunggu untuk dibina di tapak baharu yang sudah lama disediakan di Bandar Baharu Sebuyau. Saya sudah banyak kali menyuarakan keadaan sekolah ini yang uzur tetapi masih menempatkan hampir 1,000 pelajar,” katanya di Facebook.
Beliau turut menyuarakan simpati ke atas guru dan pelajar kerana kemudahan asas tidak setanding, berbanding sekolah lain yang lebih sempurna.
Dalam pada itu, Julaihi dalam maklum balas di ruangan komen berkata tapak baharu bagi pembinaan sekolah tersebut sudah lama diluluskan Kementerian Pendidikan (KPM).
“KPM ajak (sahaja) lambat bertindak dikatakan lulus…lebih sepuluh tahun tapi sikda (tiada) nampak…macam nunggu (menunggu) sungei (sungai) sik (tak) berhulu,” katanya.