Dakwaan MCA keluar BN hanya khabar angin, kata Zambry

Dakwaan MCA keluar BN hanya khabar angin, kata Zambry

Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir berkata, presiden dan setiausaha agung MCA sudah memaklumkan perkara itu tidak berlaku.

Zambry
Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir menyifatkan dakwaan MCA meninggalkan gabungan itu sekadar khabar angin sengaja dicipta pihak tertentu.
PETALING JAYA:
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Zambry Abdul Kadir menyifatkan dakwaan MCA akan meninggalkan gabungan itu selepas 72 tahun bersama sekadar khabar angin sengaja dicipta pihak tertentu.

“Itu hanyalah khabar angin yang cuba dicipta kalangan tertentu.

“Ketika ini, Presiden MCA (Wee Ka Siong) dan Setiausaha Agung (Chong Sin Woon) juga sudah memaklumkan perkara itu tidak berlaku,” katanya menurut Berita Harian selepas menyempurnakan penutupan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Cheras.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu berkata, pihaknya sentiasa mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi BN dengan semua parti komponen dan membincang secara terbuka hal berkaitan politik.

Terdahulu, MCA menafikan dakwaan kepimpinan tertinggi parti itu berdepan tekanan meninggalkan BN, Chong dilaporkan berkata tiada perbincangan mengenai perkara itu dalam kalangan kepimpinan tertinggi parti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.