Keputusan STPM 2023 diumum 23 Julai

Keputusan STPM 2023 diumum 23 Julai

Majlis Peperiksaan Malaysia berkata calon boleh mendapatkan keputusan mereka secara dalam talian atau SMS.

stpm
Seramai 41,548 calon menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia di 657 pusat peperiksaan di seluruh negara. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 akan dikeluarkan pada 23 Julai ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia dalam kenyataan memaklumkan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta dan persendirian individu boleh mendapatkan keputusan secara dalam talian di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK mulai 11.30 pagi pada hari tersebut.

“Keputusan juga boleh diperoleh secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2023 dengan menaip STPM/No.Kad pengenalan/Angka Giliran dan hantar ke 15888.

“Sistem ini akan diaktifkan mulai 11 pagi pada 23 Julai sehingga 12 tengah hari pada 30 Julai,” menurut kenyataan itu.

Seramai 41,548 calon menduduki peperiksaan itu di 657 pusat peperiksaan di seluruh negara, melibatkan 16,387 petugas sepanjang peperiksaan berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.