Jadual penerbangan Malaysia Airlines, Firefly hari ini tak terjejas

Jadual penerbangan Malaysia Airlines, Firefly hari ini tak terjejas

Malaysia Aviation Group berkata tiada penerbangan dibatalkan disebabkan gangguan perkhidmatan.

malaysia airline
MAG berkata jadual penerbangan Malaysia Airlines hari ini tidak terjejas, di sebalik laporan berita dari seluruh dunia.
KUALA LUMPUR:
Malaysia Aviation Group (MAG) mengesahkan jadual penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly hari ini kekal tidak terjejas dan tiada penerbangan dibatalkan disebabkan gangguan perkhidmatan oleh penyedia perkhidmatannya.

Bagaimanapun, katanya isu ini menjejaskan sistem tempahan dan daftar masuk dalam talian Firefly.

“Firefly bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan untuk menyelesaikan isu ini dan memulihkan sistem secepat mungkin,” menurut MAG dalam kenyataan.

Terdapat laporan berita dari seluruh dunia mengenai gangguan perjalanan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.