Mengaku salah campak kucing ke parit, penjual kuih dipenjara 8 bulan

Mengaku salah campak kucing ke parit, penjual kuih dipenjara 8 bulan

Pada 5 Jun lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sengaja menyebabkan kematian kucing dengan memasukkan ia dalam guni dan campak ke parit.

Majistret menjatuhkan hukuman itu terhadap Faizul Azlan Ridzuan, 47, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah ketika sebutan semula kes hari ini.
PETALING JAYA:
Mahkamah Majistret George Town menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan kepada seorang penjual kuih yang menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian kucing pada 31 Mei lalu.

Harian Metro melaporkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi menjatuhkan hukuman itu terhadap Faizul Azlan Ridzuan, 47, selepas tertuduh menukar pengakuan ketika sebutan semula kes hari ini.

Pada 5 Jun lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan atas pertuduhan sengaja menyebabkan kematian kucing dengan memasukkan ia dalam guni dan campak ke parit di Kota Giam, Jelutong pada 8.30 pagi 31 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M Darrshini, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, R Puran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.