
Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Ja’afar@Ismail, berkata bapa mangsa membuat laporan semalam dan siasatan awal mendapati kanak-kanak lelaki itu ditendang, dipukul serta ditarik secara kasar sehingga terjatuh dari kerusi.
“Terdapat juga kesan gigitan di tangan kanak-kanak berkenaan. Susulan laporan diterima, polis melakukan tangkapan terhadap lelaki tempatan berusia 32 tahun di kediamannya di Ampang.
“Lelaki terbabit adalah guru di sebuah pusat jagaan kanak-kanak berkenaan. Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya menurut Harian Metro.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana disyaki melakukan pengabaian terhadap kanak-kanak.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu tampil di balai polis untuk membantu siasatan.