
Rakaman percakapan dibuat di empat lokasi berbeza iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor, susulan aduan daripada orang awam.
“Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan.
Telefon pintar dan kad sim milik keempat-empat suspek yang digunakan untuk memuat naik komen jelik itu disita bagi membantu siasatan.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Seksyen itu melarang pembuatan atau penghantaran komunikasi yang antara lain bersifat jelik, lucah, atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyalahgunakan platform dalam talian dan telekomunikasi, rangkaian atau kemudahan dalam talian yang mengganggu-gugat keharmonian sosial,” katanya.
Perkembangan ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang disiasat seramai enam orang.
Sebelum ini, dua individu dirakam keterangan pada 15 Julai bagi membantu siasatan.