Wujud Jaksa Pendamai pastikan tiada tokoh Umno tersisih

Wujud Jaksa Pendamai pastikan tiada tokoh Umno tersisih

Ketua Pemuda Umno Kapar Afifi Aris berkata, pemimpin dalam parti tidak boleh dibiar terus menyepi.

Ketua Pemuda Umno Kapar Afifi Aris berkata, Jaksa Pendamai perlu diwujudkan bagi mengekalkan keharmonian dalam parti. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang pemimpin Pemuda Umno mencadangkan Jaksa Pendamai diwujudkan supaya tiada tokoh terpinggir dan dapat terus menyumbang idea demi kebaikan parti.

Ketua Pemuda Umno Kapar Afifi Aris berkata, perkara itu perlu dilaksanakan bagi mengekalkan keharmonian dalam parti.

“Kita tidak boleh biarkan pemimpin (Umno) yang tewas dalam pemilihan, tidak dapat jadi calon pilihan raya dan kalah dalam pilihan raya terus menyepi.

“Mereka ini ada jasa, tetapi disebabkan masalah-masalah tertentu dalam parti, mereka merajuk dan terus mendiamkan diri,” katanya.

Afifi berkata demikian pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Kapar di Dewan Dato’ Ahmad Razali, yang dirasmikan Setiausaha Pemuda Umno Hafiz Ariffin.

Pemuda Umno mempunyai tanggungjawab besar bagi memastikan pemimpin terbabit kembali dalam satu pasukan bagi memperkukuh dan memperkasa parti, menurut Afifi.

“Siapa yang hendak ambil tanggungjawab (itu)? Sudah semestinya tugas Pemuda diberi tanggungjawab bagi mengembalikan mereka ini kepada Umno,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.