
“Advanced Strategic Management: A Dynamic Approach to Competition” dikarang khas untuk pelajar, pendidik dan usahawan profesional sebagai panduan menelusuri kerumitan pengurusan strategik moden.
Buku itu mendapat syor cemerlang daripada ahli akademik di The Wharton School, University of Pennsylvania dan University of Oxford.
Lokasi pertama persinggahan Laker ialah Malaysia, ekonomi yang baru-baru ini dianalisisnya untuk majalah Forbes. Beliau kemudian akan mengunjungi Singapura dan Hong Kong, di mana beliau akan mengadakan libat urus dengan komuniti akademik dan perniagaan.
Acara pelancaran dijangka berlangsung di kampus EduCity University of Reading, Iskandar Puteri, Johor.
Universiti itu juga akan menganjurkan dua acara penting lain, iaitu majlis resepsi alumni di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada 7 Ogos. Seterusnya pada 10 Ogos, majlis ‘high tea’ alumni akan diadakan di kampus EduCity universiti itu.
“Advanced Strategic Management: A Dynamic Approach to Competition” meneliti proses konsisten yang membentuk dinamik daya saing, meneroka trend merentas kitaran hayat industri, kitaran komoditi dan kitaran perniagaan.
Ia juga menyepadukan analisis trend persekitaran dan impak revolusi digital, menggariskan peranan penting peraturan dan cukai dalam mempengaruhi prestasi peringkat syarikat.
Buku ini juga merangkumi strategi kompetitif dan korporat, dengan model dan alat lanjutan untuk penilaian strategik, perumusan dan pelaksanaan.
Salah satu ciri utama buku ini ialah penyepaduan pengurusan strategik dengan kepimpinan adaptif. Pendekatan ini menawarkan pembaca perspektif praktikal yang berakar umbi dalam penyelidikan meluas dan contoh kes antarabangsa, memastikan perkaitan global.
Buku ini menggunakan contoh, jadual, rajah dan rujukan secara meluas, berserta data statistik yang memudahkan pemahaman kuasa evolusi dan impaknya terhadap persaingan dan prestasi.

Pelancaran buku Laker di Malaysia mengiktiraf kepentingan Asia Tenggara dan Greater China yang semakin besar dalam landskap perniagaan global. Selain itu, pelancaran ini menekankan dedikasi University of Reading dalam memupuk komuniti akademik global.
Laker mengarang buku ini bersama Prof Roberto Vassolo dan Natalia Weisz daripada IAE Business School di Universidad Austral, Argentina. Gabungan kepakaran mereka meliputi dinamik daya saing, evolusi industri, strategi korporat, serta kesan trend persekitaran dan transformasi digital terhadap dinamik persaingan.
Bagi pelajar dan pendidik, “Advanced Strategic Management: A Dynamic Approach to Competition” menyediakan pelan hala tuju berstruktur dan terperinci untuk mengharungi selok-belok strategi perniagaan moden.
Bab-bab dalam buku ini direka bentuk dengan objektif pembelajaran yang jelas dan soalan perbincangan, memudahkan penglibatan lebih mendalam dengan bahan tersebut. Slaid PowerPoint yang turut disertakan meningkatkan lagi kegunaannya sebagai sumber pendidikan, membolehkan pengajar menyesuaikan kandungan dengan keperluan khusus kursus mereka.
Bagi pengamal dalam dunia perniagaan, buku ini menawarkan sudut pandangan yang boleh mencetuskan tindakan berdasarkan teori dan bukti empirikal. Perspektif globalnya, disokong oleh pelbagai contoh, memastikan bahawa strategi yang dibincangkan boleh diguna pakai merentas pasaran dan industri berbeza.
Penyepaduan pengurusan strategik dengan kepimpinan adaptif amat relevan dalam persekitaran perniagaan yang berkembang dengan pantas hari ini, apabila pemimpin mesti mengharungi ketidaktentuan dan menyesuaikan diri dengan cabaran yang berubah-ubah.
Buku itu boleh dibeli di sini.