Sistem Budi Madani dibangun ‘percuma’

Sistem Budi Madani dibangun ‘percuma’

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata sistem penyasaran diesel itu dibangun sendiri pegawai kerajaan.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying, berkata tiada khidmat perunding luar digunakan dalam pembangunan sistem Budi Madani. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pembangunan sistem Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani) tidak melibatkan sebarang kos sebaliknya menggunakan kepakaran di kalangan pegawai kerajaan .

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata tiada khidmat perunding luar diambil untuk membangunkan sistem untuk mendaftar penerima bantuan RM200 susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

“Pembangunan Budi Madani tidak melibatkan sebarang kos dan oleh itu, isu tender terbuka atau tidak, tidak wujud memandangkan menggunakan infrastruktur sedia ada,” katanya menurut Bernama dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Suhaimi Nasir.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Suhaimi Nasir (BN-Libaran) mengenai kos pembangunan sistem Budi Madani dan kaedah perolehannya dilaksanakan sama ada secara tender terbuka.

Lim berkata kerajaan juga akan mempertimbangkan cadangan Suhaimi supaya sistem Budi Madani dan Pangkalan Data Utama (Padu) disatukan pada masa depan.

Menjawab soalan sama ada bantuan RM200 itu juga akan diberikan kepada pengguna diesel Sabah yang digunakan secara meluas, Lim berkata kerajaan akan sentiasa memantau sebarang kemungkinan pada masa depan.

“Sekiranya perlu penambahbaikan dari semasa ke semasa akan dibuat dalam memastikan golongan benar-benar layak terus mendapat perhatian kerajaan dalam mendepani cabaran kos sara hidup,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.