Kerajaan pertimbang wujud akta saraan hakim syarie, kata PM

Kerajaan pertimbang wujud akta saraan hakim syarie, kata PM

Anwar Ibrahim berkata kewujudan akta itu bertujuan supaya tiada lagi pandangan yang merendahkan status hakim syarie.

Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berucap dalam Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia di Putrajaya, hari ini. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Kerajaan sedang mempertimbangkang untuk mewujudkan akta saraan hakim syarie, kata perdana menteri.

Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bagi mewujudkan keseimbangan antara skim perkhidmatan kehakiman syariah dan sivil.

Katanya, kewujudan akta itu bertujuan supaya tiada lagi pandangan yang merendahkan status hakim syarie.

Bagi tujuan itu, Anwar sudah mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar menyegerakan RUU tersebut.

“Akta saraan hakim syarie mengikut saraan PTD (pegawai tadbir dan diplomatik), jadi insya-Allah saya minta menteri agama menyegerakan RUU ini.

“Saya mudah sahaja runding baik-baik selesai,” katanya berucap dalam Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.

Anwar berkata, keperluan itu bagi memberikan kekuatan dan keberanian kepada hakim syarie untuk mengaplikasikan perundangan dengan lebih berwibawa.

“Ia juga pasti akan memberi kekuatan dan keberanian kepada hakim syarie untuk mengaplikasikan perundangan dengan lebih berwibawa sekali gus memartabatkan institusi Mahkamah Syariah,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.