
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii, berkata pilihan raya tempatan penting untuk mempromosikan demokrasi di peringkat akar umbi.
Katanya, demokrasi harus melibatkan semua peringkat pemerintahan termasuk pihak berkuasa tempatan, kata Yii pada forum tentang sempadan kawasan pilihan raya semalam.
Katanya, peruntukan khas bagi Sarawak dan Sabah memberi kuasa kepada kedua-dua negeri itu untuk meluluskan undang-undang bagi membolehkan pilihan raya tempatan, menurut Borneo Post.
Memandangkan pihak berkuasa tempatan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, beliau berkata Sarawak berada pada kedudukan untuk memimpin usaha ke arah mengembalikan pilihan raya tempatan, yang dimansuhkan oleh kerajaan persekutuan pada 1976.
Bagaimanapun, Senator Robert Lau berkata Sarawak masih perlukan penglibatan Putrajaya kerana ia tiada suruhanjaya pilihan raya untuk menjalankan pemilihan.
Lau berkata undang-undang pihak berkuasa tempatan juga di bawah bidang kuasa persekutuan.
Lau sebaliknya mencadangkan pemilihan diadakan bagi majlis bandaraya, berbanding melibatkan semua pihak berkuasa tempatan.