
Sim, yang juga menteri kesihatan awam, perumahan dan kerajaan tempatan negeri berkata, kerajaan negeri bagaimanapun akan meneruskan projek-projek tersebut menggunakan dana sendiri.
“Kami belum terima apa-apa, tetapi kami tak tunggu. Kami akan rancang (projek) dengan dana yang diperuntukkan oleh premier.
“Tentang janji perdana menteri (itu), kami akan terus ikuti perkembangannya, itu sahaja boleh saya katakan,” katanya di Kuching hari ini, lapor The Borneo Post.
Pada 22 Jun lepas, Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM200 juta untuk menyegerakan baik pulih dan naik taraf sekolah dan klinik yang daif di kawasan luar bandar.
Beliau berkata, Sarawak akan mendahulukan pembiayaan projek-projek itu dan kemudian dibayar balik oleh kerajaan persekutuan.
Pada majlis sama, Anwar juga berkata, beliau akan mengarahkan Kementerian Kewangan segera mengeluarkan RM100 juta sebagai sebahagian daripada perjanjian antara Sarawak dengan kerajaan persekutuan untuk menyegerakan projek-projek ini.