
Ketua Polis Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata polis sebelum itu menerima laporan daripada pegawai perubatan hospital berkenaan yang memaklumkan mangsa berusia 30 tahun dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Katanya, mangsa didapati mengalami pendarahan di bahagian kepala dan tangan, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.
“Berdasarkan siasatan lapan lelaki warga asing itu memukul rakan senegaranya sehingga menyebabkan kematian di sebuah kilang di Kampung Pulau Meranti, Sepang/
“Polis juga berjaya menemui sebatang kayu dipercayai digunakan bagi memukul mangsa dalam kawasan pagar kilang berhadapan dengan kabin tempat tinggal mangsa.
“Siasatan mendapati kejadian berpunca dari mabuk dan berselisih faham,” katanya dalam satu kenyataan, menurut Berita Harian.
Menurut Wan Kamarul, suspek pertama adalah pekerja kilang dan mempunyai permit sah kerja manakala suspek kedua tidak mempunyai dokumen kerja dan bekerja di Sungai Buloh.
Katanya, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
“Siasatan masih berjalan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat tidak benar berhubung kejadian sehingga menganggu proses siasatan,” katanya.