PM yakin Malaysia jadi tuan rumah terbaik Sidang Kemuncak Asean

PM yakin Malaysia jadi tuan rumah terbaik Sidang Kemuncak Asean

Anwar Ibrahim berkata hasil kerjasama utuh semua pihak akan membawa negara tampil sebagai hos cemerlang kepada semua delegasi terlibat.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan bagi Kepengerusian Asean-Malaysia 2025 di bangunan Parlimen, hari ini. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan Malaysia mampu menjadi tuan rumah terbaik sempena Sidang Kemuncak Asean 2025.

Beliau berkata, hasil kerjasama utuh semua pihak akan membawa negara tampil sebagai hos cemerlang kepada semua delegasi terlibat.

“Pelbagai perkara telah dibincang bagi memastikan persediaan rapi dapat dibuat di setiap peringkat melibatkan kementerian serta agensi kerajaan,” katanya.

Anwar berkata demikian di Facebook dan turut berkongsi beberapa keping gambar beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan bagi Kepengerusian Asean-Malaysia 2025 di bangunan Parlimen.

Menteri Luar Mohamad Hasan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam memaklumkan tiga tonggak utama digariskan Malaysia sebagai persiapan menjadi pengerusi Asean 2025 iaitu keselamatan dan politik, ekonomi serta sosiobudaya.

Beliau berkata, setakat Jun lalu Malaysia menyusun atur sebanyak 257 mesyuarat peringkat tertinggi melibatkan pemimpin negara, menteri dan pegawai yang akan diadakan tahun depan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.