Sanusi minta Sarawak tanggung sedikit kos Sukma

Sanusi minta Sarawak tanggung sedikit kos Sukma

Menteri Besar Sanusi Nor berkata Kedah menanggung kos tinggi untuk membawa kontinjen dan peralatan ke Sarawak.

sanusi nor
Menteri Besar Sanusi Nor berkata Kedah membawa beberapa kontena peralatan ke Sarawak untuk menyertai Sukma.
PETALING JAYA:
Menteri Besar Kedah Sanusi Nor berharap Sarawak menanggung sebahagian kos untuk menghantar kontinjen negeri itu ke Sukan Malaysia (Sukma).

Sanusi berkata, ia susulan kos tinggi yang terpaksa ditanggung termasuk tiket perjalanan dan membawa peralatan.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat exco, Sanusi berkata kontinjen negeri itu perlu membawa beberapa kontena peralatan ke Sarawak.

“Kita akan hantar kontinjen ke Sarawak tetapi bila jauh kos agak tinggi sedikit. Saya rasa negeri lain juga sama.

“Kos untuk menyertai Sukma tahun ini agak tinggi berbanding tahun sebelum ini. Kita juga berharap tuan rumah (Sarawak) tanggung sedikit kos. Banyak peralatan kena bawa.

“Dengan susah-payah ini, kita akan menyertai juga atas semangat kesukanan dan menjayakan Sukma di Sarawak.”

Bernama sebelum ini melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif Sukma dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Hii Chang Kee berkata persediaan untuk sukan itu kini 90% siap.

Sukma 2024 akan diadakan di sembilan daerah negeri itu bermula 17 hingga 24 Ogos. Sebanyak 37 sukan akan dipertandingkan, membabitkan 488 acara dengan penyertaan 12,619 atlet dan pegawai.

Ini adalah kali ketiga Sarawak menganjurkan sukan itu selepas 1990 dan 2016.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.